Rabu, 18 Januari 2012

tanaman ubi

TANAMAN UBI
(UBI KAYU, UBI KELEDEK, UBI SENGKUANG)


UBI KAYU
Nama Botani
:    Manihot esculenta
Famili
:    Euphorbiaceae

Merupakan tanaman jangka pendek.  Jenis ubi kayu yang ditanam adalah untuk dimakan ialah Ubi Medan (jenis manis - untuk makanan manusia) dan untuk pengeluaran komersil seperti Black Twig dan C5 (jenis pahit - untuk perusahaan), Perintis dan Klon MM 92.  Lain-lain jenis ubi ialah Ubi Batang Hijau, dan jenis manis seperti Ubi Putih, Kekabu, Berat, Betawi, Jurai, Pulut dan Batang Putih.

Varieti:
·         Black Twig
Jenis pahit, untuk diproses.  Kulit ubi putih perang kemerahan tua, isi putih, hasil 30-40 hektar.  Kandungan kanji 28-30%.  Tempoh matang 10-14 bulan.
 
·         C 5
Ubi pahit untuk diproses.  Kulit ubi berwarna perang muda.  Isi berwarna putih krim.  Kandungan kanji 26%.  Hasil 30-35 tan/hektar.  Tempoh matang 10 bulan.
 
·         Medan
Ubi jenis manis.  Kulit ubi perang kemerahan, isi ubi berwarna putih, kandungan kanji 28-35%.  Hasilnya 20-25 tan/hektar, tempoh kutip 9-12 bulan.
 
·         CM 982-7
Ubi jenis pahit yang didapati sesuai untuk ditanam di tanah gambut.  Hasilnya lebih tinggi daripada Black Twig (40-45 tan/hektar) tetapi kandungan kanji ialah hanya 19%.  Kulit ubi berwarna perang muda dan isinya putih krim.
 
·         Klon MM 92
Hasil ubi kayu klon ini boleh dipungut hanya 6 bulan selepas ditanam.  Dengan itu penanamannya dapat dijalankan sebanyak 2 kali setahun.  Klon ini cepat matang, keperluan bajanya di tanah gambut adalah kurang daripada keperluan ubi kayu lain seperti Black Twig.  Penanaman ubi kayu di tanah gambut boleh diusahakan tanpa pembajakan kecuali bila pengapuran diperlukan, iaitu sekali bagi setiap tiga tahun.  Penghasilan ubi basahnya tinggi iaitu sehingga 36 tan/ha di tanah gambut dan 40 tan/ha di tanah mineral (tidak mengalami kemarau yang panjang).

Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan
Nama Biasa
Bilangan pokok sebatas 100 kaki persegi
Bilangan biji sebatas 100 kaki persegi
Bahan Tanaman
Jarak Tanaman
(antara pokok & barisan)
Hasil Mula Dipetik
(minggu)
Carrot (Lobak Merah) - Damcus carota
Sengkuang - Pachyrhizus erosus
Lobak (radish) China - Raphanus sativus var.Horlensis
Keladi (Yam) - Colocasia esculenta
Halia (Ginger) - Zingiber officinale
365
34
100
-
75
730
68
200
-
75 rhizomes
Biji
Biji
Biji
Umbisi
Rhizome
4" x 9"
16" x 30"
12" x 12"
12" x 48"
!2" x 18"
12
24-28
8-12
48
48

PENYEDIAAN TANAH

Tanah lom berpasir adalah sesuai untuk tanaman besar-besaran.  Tanah dibajak 2 kali dan disisir sekali.  Buatlah batas dengan jarak 1m di antara batas.

PENANAMAN
·         Benih
Benih ubi kayu menggunakan keratan batang 15-20 cm (6-8 inci) panjang.  Batang ubi yang 1.8 m (6 kaki) panjang boleh memberi 8-10 keratan.  Sebanyak 1,545 batang ubi kayu disediakan untuk kawasan seluas satu hektar (605 batang/ekar).
 
·         Jarak Tanaman
Selalunya ditanam dengan jarak 0.9 m x 0.9 m (3 x 3 kaki) 0.9 m x 0.6 m (2 x 2 kaki) dan 0.6m x 0.6 m (2 x 2 kaki).
 
·         Cara Menanam
Keratan-keratan ditanam dengan cara dibaringkan supaya keseluruhan keratan terkambus di dalam tanah dan dengan cara ini boleh memberi kejayaan pertumbuhan yang lebih tinggi.

PENJAGAAN
·         Mengawal Rumpai
Merumput yang pertama dilakukan 3-4 minggu selepas menanam dan kali kedua 3 bulan selepas merumput pertama.  Panduan mengawal rumpai dengan racun herba adalah seperti berikut:-
 
·         Membaja
Baja ditabur dekat barisan 3 minggu selepas menanam.  Di tanah gambut baja ditabur semasa menanam.  Untuk mengurangkan kemasaman pada tanah gambut tabur kapur sebanyak 1.3 - 2.5 t.m/hektar dalam jangkamasa 2-4 minggu sebelum menanam.

Tanah Lanar Pesisir (Coastal Alluvial Soils)

Tanaman Pertama: 
67 kg/ha (60 lb/ekar) baja Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.
23 kg/ha (20 lb/ekar) baja Phosphorus seperti CIRP.

Tanaman Kedua dan Seterusnya:
90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea atau Ammonium nitrate.
34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti CIRP.
45 kg/ha (40 lb/ekar) baja Kaliam seperti Muriate of Potash.
112 kg/ha (100 lb/ekar) serbuk batu kapur (GML).

Tanah-tanah Tinggi Asal Setempat (Upland Sedentary Soils)

Tanaman Pertama:
67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP + 34 kg/ha (30 lb/ekar) Posfat seperti Double super phosphate
56 kg/ha (50 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

Tanaman Kedua dan Seterusnya:
90 kg/ha (80 lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.
51 kg/ha (45 lb/ekar) Posfat seperti CIRP
90 kg/ha (80 lb/ekar) Kaliam Muriate of Potash
225 kg/ha (200 lb/ekar) GML.

Tanah Gambut (Pest Soils)

Tanaman Pertama (sebelum menanam)
1.3-2.5 tan/hektar (0.5-1 tan/ekar) GML atau serbuk batu kapur.
34 kg/ha. (30 lb/ekar) Copper sulfate bercampur dengan 67 kg/ha (60 lb/ekar) CIRP.
67 kg/ha (60 lb/ekar) Kaliam seperti Muriate of Potash.

Selepas Menanam:
449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)

Selepas 3 bulan:
67 kg/ha (60lb/ekar) Nitrogen seperti Urea, Ammonium nitrate atau sulfate.

Tanaman Kedua dan Seterusnya:
449 kg/ha (400 lb/ekar) CCM 44 (12:6:22:3)
67 kg/ha (60 lb/ekar) Nitrogen pada 3 bulan
225 kg/ha (200 lb/ekar) serbuk batu kapur atau GML

Catatan:  Nitrogen untuk tanah jenis asal setempat (sedentary soils) dan pesisir (coastal) boleh dibahagikan untuk dua kali pembajaan, seperti diberi semasa menanam dan bakinya selepas 3 bulan menanam.


MENINGKATKAN PENDAPATAN DARIPADA HASIL
(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999)
Dalam proses pengeluaran, tenaga buruh merupakan komponen kos yang tinggi, apabila permintaan melebihi bekalan.  Dua operasi ladang yang paling banyak menggunakan tenaga buruh ialah menanam dan memungut hasil.  Namun, kedua-dua operasi ini boleh dijenterakan apabila ubi kayu ditanam di tanah biasa.  Ini bermakna jentera boleh menggantikan tenaga manusia bagi menjalankan kerja yang menjerihkan ini.  Malangnya jentera tidak boleh digunakan apabila ubi kayu ditanam di tanah gambut.  Berat jentera tidak boleh ditampung oleh tanah gambut yang lembut.  Walau bagaimanapun di tanah gambut, kos masih boleh dijimatkan dengan menanam tanpa pembajakan.  Amalan ini sangatlah sesuai untuk tanah gambut yang begitu peroi.  Selepas ubi dicabut, tanah sedia gembur dan penanaman boleh dilakukan dengan serta merta.
Jika varieti MM 92 ditanam ditanah gambut, kadar baja yang diperlukan hanya separuh daripada yang biasa digunakan untuk Black Twig.  Kadar separuh yang diperlukan ini hanya berselang musim dan dapat mengurangkan kos baja tanpa menjejaskan hasil ubi.  Di tanah gambut, kos membaja memang tinggi.  Tanah ini kekurangan banyak nutrien penting, sama ada kandungannya rendah ataupun diikat kuat dalam tanah sehingga tidak dapat diserap oleh pokok.  Contohnya nitrogen.  Sungguhpun nutrien ini banyak terdapat dalam bahan organik seperti tanah gambut, nitrogen diikat oleh kandungan karbon yang juga tinggi.  Jadi, semua nitrogen yang diperlukan untuk pertumbuhan ubi terpaksa dibekalkan dalam bentuk baja.  Dengan penggunaan semula bahan hampas kilang membuat kanji, jumlah baja dapat dikurangkan.  Ini boleh menjimatkan kos serta sekaligus dapat mengatasi masalah pembuangan hampas.  Hasil ubi yang tinggi harus dipertahankan daripada kerugian.  Kerugian yang mungkin berlaku boleh dielakkan.  Cara yang terbaik adalah mengurus rumpai, perosak dan penyakit secara lebih rapi.  Rumpai akan bersaing dengan pokok tanaman bagi mendapatkan bekalan nutrien, air dan cahaya matahari.  Oleh itu, tanah harus dibaja dengan sempurna supaya ladang bebas daripada rumpai semasa menanam.  Ini diikuti dengan penyemburan racun herba pracambah supaya biji benih rumpai yang ada dalam tanah tidak bercambah.  Racun rumpai boleh digunakan ialah 2 liter alanchor atau metolachlor dicampur dengan 2 kg fluometuron sehektar.  Rumpai yang lewat tumbuh boleh dihapuskan dengan menggunakan racun herba sentuhan.  Serangga perosak dan penyakit tidak banyak menimbulkan masalah dalam penanaman ubi kayu di negara ini

Cara meningkatkan pendapatan daripada penanam ubi kayu
Perlu dilakukan
Boleh diharapkan
Menggunakan varieti yang berhasil tinggi seperti Perintis
Pendapatan lebih tinggi kerana hasil ubi yang lebih tinggi.
Menggunakan varieti yang memberi hasil lebih awal
seperti MM92
Pendapatan lebih tinggi kerana hasil penanaman dua kali lebih tinggi daripada hasil penanaman sekali.
Menggunakan jentera untuk menanam & memungut hasil
Mengurangkan kos dengan mengurangkan keperluan buruh.
Mengikut amalan tanpa pembajakan
Mengurangkan kos dengan menyingkirkan penyediaan tanah.
Menggunakan baja yang sedikit dengan varieti yang
memberi hasil lebih awal
Mengurangkan kos baja.
Menggunakan semula bahan hampas kilang kanji
Mengurangkan kos kerana kurang baja digunakan.
Mengawal rumpai
Pendapatan lebih tinggi kerana kerugian hasil dapat dikurangkan.
Mengawal perosak mamalia
Pendapatan lebih tinggi kerana kerugian hasil dikurangkan.
Memproses ubi secepat mungkin selapas dipungut
Pendapatan lebih tinggi kerana kerosakan ubi dikurangkan.
(sumber:  Agromedia Bil. 6 1999).

MENGAWAL MUSUH DAN PENYAKIT
Tiada musuh yang merbahaya dan musuh biasa monyet, tikus dan babi hutan.

MENGAWAL PENYAKIT DENGAN MENGGUNAKAN RACUN KIMIA
·         Bintik daun (leaf spot)
Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.  Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia.  Buang dan bakar kapar-kaparan selepas pengambilan hasil.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.
 
·         Hawar bakteria (bacterial angular leaf spot/blight)
Penyakit ini biasa terdapat tetapi tidak pula menyebabkan kerosakan yang serius.  Tidak menguntungkan jika hendak dikawal secara kimia.  Buang dan bakar kapar-kaparan selepas pengambilan hasil.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.
 
·         Penyakit akar putih (white root disease)
Penyakit ini diketahui sekali sekala menyebabkan kerosakan dalam kawasan tanaman getah lama atau tanah yang baru dibuka di mana terdapat tunggul-tunggul akar yang tidak dibuang semuanya.  Buang dan musnah semua tunggul-tunggul atau akar-akar sebelum menanam.  Periksa kawasan tanaman, buang dan bakar pokok-pokok yang berpenyakit.  Buang dan bakar semua kapar-kaparan selepas pengambilan hasil tanaman.  Elakkan menanam ubi kayu berturut-turut di tempat yang sama.

MEMUNGUT HASIL
Black Twig dipungut selepas 12 bulan dan C5 boleh dipungut 9 bulan selepas menanam.  Hasil purata 24-40 ton metrik/hektar.  Medan dipungut 12 bulan selepas menanam dan hasilnya 20-30 ton metrik/hektar.

UBI KELEDEK (Ipomoea batatas L.)
Nama Saintififk     :  Ipomoea batatas L
Keluarga              :  Convovulaceae.
Nama tempatan    :  ubi stella dan ubi jalur


Keledek merupakan sejenis sayuran berubi yang kaya dengan karbohidrat dan karotena.  Dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan dari barat laut Amerika Latin.  Komposisi zat makanan keledek ialah protin, lemak, karbohidrat, serabut, tenaga makanan, abu, kalsium, fosforus, ferum, natrium, kalium, karotena, tiamina, riboflavin, niasin dan asid askorbik.
Selain dimakan secara direbus, dibakar dan digoreng, keledek juga boleh ditinkan di dalam air atau sirap pada suhu 115oC untuk penyimpanan. Pucuk ubi keledek boleh digunakan sebagai sayuran, ubi keledek yang dikeringkan sebagai racik atau pelet turut digunakan sebgai bahan asas industri pembuatan makanan ternakan.  Kanji dari ubi keledek juga digunakan dalam industri teksil disamping boleh dijadikan alkohol atau sirap.
Diantara varieti-varieti keledek yang ditanam di negara ini ialah Serdang 1, Empat Bulan, Large White,  Bukit Naga dan Klon MSP 94.

KULTIVAR YANG DISYORKAN
Klon yang disyorkan ialah Bukit Naga, Serdang 1 dan Keledek Gendut (PSP 94).
1.      VirtAto
Pucuk daun sedikit ungu.  Gagang daun hijau dengan bintik unggu di pangkal daun.  Urat daun sebahagian unggu.  Daun berbentuk segi tiga.  Batang berwarna hijau.  Ubi berbentuk bujur panjang, kulit ubi berwarna oren muda dan licin.  Isi ubi berwarna oren.

Sesuai ditanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah bris, tanah bekas lombong dan tanah asid sulfat.  Hasil boleh mencapai 40 m. tan/ha.  Kelebihan VitAto ialah ia mengandungi B-karotena yang tinggi, lebih dari 2,000 bagi setiap 100 gm ubi.  B-karotena dikekalkan apabila menjadi tepong dan tepong ini lebih berkhasiat berbanding tepung gandum dari segi serat, vitamin C dan B-karotena.
 
2.      Gendut (MSP94)
Mempunyai kelebihan berbanding dengan Bukit Naga dan Serdang 1 dari segi rupa dan citarasa.  Kulit ubi keledek Gendut berwarna perang kekuningan merupakan warna yang digemari di pasaran tempatan.  Isi ubi keledek gendut pula lebih sedang dimakan apabila direbus, digoreng atau dimasak  kerana ianya lebih pejal dan tidak berair.  Klon MSP 94 tidak begitu manis, rasanya hampir sama dengan kentang.  Warna isinya juga menyerupai warna ubi kentang.  Ubi keledek ini sesuai ditanam sama ada di tanah biasa (mineral), tanah sawah, tanah BRIS, tanah bekas lombong mahupun di tanah gambut yang mempunyai saliran.  Penghasilannya tinggi, iaitu diantara 20-30 tan/hektar.
 
3.      Bukit Naga:
Kulit ubi berwarna ungu tua dan isi berwarna kuning.  Hasil 20-30 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar.
 
4.      Serdang 1
Kulit ubi berwarna ungu tua.  Isi putih kekuningan.  Hasil 15-20 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar.
 
5.      Large White
Warna kulit merah samar, isi kuning pucat.  Hasil 12-15 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis besar.
 
6.      Kuala Bikam
Kulit berwarna kuning pucat, isi berwarna krim.  Hasil 25-25 tan/ha.  Tempoh matang 4 bulan.  Kultivar jenis kecil.

Keperluan khas penanaman:
Memerlukan cahaya matahari penuh untuk penghasilan yang tinggi disamping keperluan suhu 24-32 darjah C. Sesuai dengan berbagai keadaan tanah, tetapi tidak tahan keapda keadaan terendam kerana ubi akan menjadi busuk.  Secara amnya, keledek memerlukan tanah peroi bersaliran baik dan tinggi kandungan bahan organan seperti tanah lom dan tanah lempung berpasir.
Keledek ditanam dengan menggunakan keratan pucuk walaupun ubi dan biji benih boleh digunakan.  Keratan dibiarkan 1-3 hari di tempat yang teduh dan lembab untuk menggalakkan pembentukan akar dan meningkatkan kejayaan penanaman di peringkat ladang.

Penyediaan Tanah
Keledek ditanam di atas batas.  Ukuran batas yang sesuai adalah 60-90 cm lebar x 30-40 cm tinggi mengikut kultivar keledek.  Didapati penghasilan keledek yang akan meningkat selaras dengan ketinggian batas kerana ruangan untuk pembentukan ubi yang semakin bertambah.  Bagi kultivar jenis kecil, lebar batas yang disyorkan 60 cm (Kuala Bikam) manakala kultivar Gendut 90 cm.
Untuk menanam keledek di kawasan tanah yang baru dibuka, tanah hendaklah dibajak piring sedalam 20-25 cm dan dibiarkan selama 2 minggu sebelum dibajak putar kali pertama.  Keadaan ini dapat menolong di dalam mengurangkan masalah penyakit dan perosak keledek yang terdapat dalam tanah.  Kapur sebanyak 2.5 m tan/ha hendaklah ditabur 2 minggu sebelum bajak putar kali kedua.
 
Bagi penanaman di ladang, keratan benih ditanam di batas dengan sudut 45o sedalam 15-20cm.  Jarak tanaman adalah 25-30 cm di dalam barisan dan 90-120 cm antara barisan, mengikut jenis kultivar keledek samada dari jenis yang kecil ataupun besar.  Kultivar dari jenis yang kecil memerlukan sejumlah 44,444 keratan benih (0.25 m x 0.9 m) manakala kultivar dari jenis yang besar pula sebanyak 27,777 keratan benih (0.3 m x 1.2 m) untuk penanaman sehektar keledek.
Keledek boleh ditanam secara tanaman tunggal atau secara tanaman selingan di kebun-kebun getah atau kelapa sawit yang baru dibuka bagi meningkat penggunaan sumber sedia ada dan keuntungan projek.  Penanaman keledek dilakukan di waktu petang.

Sistem Penanaman Keledek

Penyiraman dilakukan selepas setiap penanaman agar pertumbuhannya tidak terencat dan kejayaan penanaman lebih terjamin.

Penjagaan Sulur
Bagi mendapatkan pembentukan ubi keledek yang elok di bahagian pangkal pokok, sulur-sulur keledek hendaklah diangkat dua kali bagi setiap penanaman.  Masa yang sesuai dilakukan adalah 30 dan 55 hari selepas tanam.  Aktiviti ini hendaklah dilakukan sebelum kerja-kerja pembajaan dan pengawalan rumpai.  Sekiranya tidak dilakukan, akar sisi akan membesar dan menghasilkan ubi-ubi kecil yang tidak sesuai untuk pasaran.  Pembentukan ubi utama di pangkal pokok juga akan terjejas dan kurang sempurna tumbesarannya.

Pembajaan
Pengesyoran pembajaan yang sempurna bergantung kepada tiga jenis tanah setempat.  Secara amnya pembajaan keledek menggunakan baja organik (12:12:17:2) dan baja organik (tahi ayam).  Baja organik digaul ke dalam batas 3-4 hari sebelum penanaman. 

Pengurusan Air
Memerlukan air terutamanya di peringkat 2 bulan pertama penanaman.  Ketika ini pokok sedang membesar dengan cepat dan kekurangan air akan membantutkan pertumbuhan dan seterusnya mengurangkan penghasilan.  Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis.  Sekiranya tiada sistem pengairan yang sempurna, penanaman keledek hendaklah disesuaikan dengan kedatangan musim hujan di peringkat penanaman.  Sistem perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah saliran dengan membina parit ladang.

Berapakah jumlah air yang diperlukan?
(Sumber:  Agromedia Bil. 11, 2001)

Bergantung kepada keadaan tanah dan jenis pokok.  Bagi tanaman ubi keledek yang kawasan akarnya antara 30-40 cm di bawah permukaan tanah, jumlah air siraman yang diperlukan di tanah liat berpasir (mineral) lebih kurang 40 meter padu sehektar bagi sekali siraman.  Pada peringkat awal penanaman, dicadangkan tanaman disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang.  Kuantiti air juga bergantung pada keadaan pembesaran dan saiz kanopi pokok.  Semakin besar saiz kanopi semakin kurang pemeruapan air tanah melalui pancaran terus cahaya matahari, tetapi pengambilan air oleh pokok akan bertambah.  Keadaan ini menyebabkan kapasiti air yang diperlukan untuk siraman mungkin akan bertambah, bergantung pada kelembapan tersedia dalam tanah (boleh ditentukan melalui jangka tekanan lembapan pengairan 'irrometer').  Apabila bacaan jangka tekanan lembapan melebihi 60 centibar, siraman boleh dilakukan sehingga bacaannya kembali ke titik asal antara 10-0 centibar.  Bagi mereka yang berpengalaman, pengairan boleh dilakukan melalui pemerhatian keadaan tanah dan pokok keledek tersebut.

Kos peralatan pengairan
Harga sesuatu sistem pangairan bergantung pada jenis alat pengairan yang dipilih.  Bagi kawasan ladang yang besarnya melebihi 10 hektar, dicadangkan sistem "mini gun spray" digunakan kerana garispusat kawasan renjisan melebihi 90 meter bagi setiap unit.  Sehektar 7-10 unit bergantung pada keadaan dan bentuk tanah.  Bagi ladang keledek yang besar dan jika operasi ladangnya dijalankan secara penggunaan jentera sepenuhnya, pemilihan sistem pengairan yang sesuai sangatlah penting.  Sekiranya tersalah pilih, banyak masa kerja akan terbuang untuk memasang dan membuka semula sistem pengairan tersebut ketika operasi menggunakan mesin ladang hendak dijalankan.  Pengairan cucur, titis dan mikro renjis melibatkan banyak kerja ketika operasi penjagaan tanaman dan pungutan hasil dilakukan di ladang.  Jentera ladang akan merosakkan sistem penghantaran air dan pemancarnya melainkan sistem tersebut dibuka dan digulung untuk disimpan dan digunakan semula apabila perlu.  Kadang-kadang keadaan ini akan merosakkan peralatan sistem penghantar air dan melibatkan kos pembaikan yang tinggi. 
Bagi sistem "mini gun spray", sistem penghantaran airnya boleh ditanam di dalam tanah ke aras 1 m dan pemancar airnya boleh dinaikkan ke atas permukaan tanah melebihi 1 m.  Jarak antara pemancar ialah 15-20 m supaya keseluruhan pokok dapat disiram apabila perlu.  "Mini gun spray" boleh dipasang dan ditanggalkan apabila tidak diperlukan.  Sistem penghantaran airnya tidak menggganggu penggunaan jentera di ladang.  Bagi sistem pengairan pemercik mudah alih, sistem ini juga sesuai tetapi memerlukan tenaga buruh untuk memasang dan menanggalkan semula sistem tersebut apabila kerja  penjagaan tanaman dan pungutan hasil hendak dilakukan secara berjentera.  Bagaimanapun, kos peralatan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Penyakit  Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan
Penyakit/musuh
Kesan dan Langkah Kawalan
Kulat
Bintik daun keledek (cercospora batatae/Periconia byssoides)
 Daun berbintik coklat dan serangan teruk mengakibatkan daun menjadi
 berkerengkok.  Sembur racun kulat benomyl pada kadar 0.015- 0.03%
 bahan aktif selang 5-7 hari sekiranya perlu.
Kulat
Reput ubi keledek
(ceratocystis
 paradoxa/rhizopus oryzae)
 Ubi keledek menjadi reput dan busuk.  Elakkan kecederaan ubi semasa
 memungut hasil.  Jalankan proses pengesaran kulit ubi keledek selepas
 pungutan hasil.  Simpan ubi didalam keadaan kering.
 
Kulat
Keruping (elsinoe batatas)
 Simptom penyakit ini terdapat pada urat daun, tangkai dan batang.  Terdapat
 bintik-bintik perang pada daun dan batang.  Ia menjadi gabus atau
 bersatu membentuk keruping. Daun bergulung / berkedut, mengecil dan
 berubah bentuk serta batang dan tangkai berpintal.

 Langkah kawalan:  Gunakan keratan benih yang bebas penyakit. 
 Amalkan tanaman giliran dan kebersihan kebun.  Kaedah mengangkat daun
 dapat membantu mengurangkan jangkitan penyakit ini.  Proses mengangkat
 daun dapat memperbaiki pengudaraan dan mengurangkan kelembapan
 persekitaran tanaman. Pancaran terus cahaya matahari ke bahagian yang
 terjangkit secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan jangkitan.
 Pengawalan secara semburan kimia ialah dengan mengggunakan Benomyl
 pada kadar yang disarankan.  Semburan hanya perlu dilakukan sekiranya
 simptom awal penyakit dalam dilihat.  Selepas semburan ini, penanam boleh
 memilih sama ada meneruskan penyemburan atau tidak bergantung pada
 simptom yang dilihat.  Hasil kajian  mendapati bahawa gabungan semburan
 selepas mengangkat daun akan memberikan pengawalan yang lebih baik.

Serangga
Kumbang pengorek ubi
(cylas formicarius)
 
 Kumbang ini membiak di dalam ubi  keledek dan menurunkan kualiti ubi
 sehingga hasil tiada nilai pasaran.  Serangan yang teruk boleh mengakibat
 kan kerugian sehingga 90& hasil.
 Amalkan sistem giliran tanaman dan kebersihan kebun.  Tabur butiran racun
 carbofuran pada kadar 1.5 kg/ha bahan aktvif semasa penanaman boleh
 mengurangan serangan

Serangga
Ulat Pengorek Batang
(omphisa anastomosaslis)
 Batang dan sulur keledek dikorek oleh larva kadangkala sehingga ke ubi
 keledek.  Giliran penanaman dan kebersihan kebun dijalankan.
Vertebrate
Tikus
 
Memakan ubi keledek.  Amalkan kebersihan ladang.  Umpan dengan racun brodifacoum di peringkat umur penanaman dua bulan dapat mengurangkan kejadian serangan.

Tempoh Dilarang Mengutip Hasil

Penyemburan racun hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil berpandukan kepada tempoh dilarang mengutip hasil selepas semburan akhir seperti berikut:-
 

Racun
tempoh larang kutip (bil hari)
benomyl
carbofuran
14
30

Kematangan dan Pengutipan Hasil

Boleh dipungut 3-5 bulan selepas menanam.  Kematangan boleh ditentukan apabila daun-daun bawah pucuk keledek kelihatan kekuningan dan beransur menjadi layu.  Sekiranya ubi keledek dibelah, cecair yang keluar dari ubi tersebut tidak bertukar kepada warna kehitaman dengan cepat.
Daun dan batang keledek dipotong terlebih dahulu.  Ubi dikorek dan dikeringkan di peringkat ladang sebelum dibakulkan untuk  pemasaran.  Ini bertujuan untuk proses pengerasan kulit ubi tersebut bagi memulihan calar-calar dan luka ketika proses memungut hasil dilakukan.  Sekiranya tidak dilakukan, calar-calar ini sering dijangkiti oleh agen-agen penyakit terutama kulat yang boleh menyebabkan keledek menjadi cepat busuk.  Ubi keledek hendaklah disimpan di tempat teduh yang terbuka agar sentiasa kering bagi mengelakkan reput ubi oleh serangan kulat.  Keadaan kering juga dapat menghalang proses pertumbuhan ubi keledek di mana ianya boleh menurunkan kualiti dan harga ubi di pasaran.

Perosak Ubi Keledek serta langkah-langkah kawalan
·         Ulat Pengorek Batang (Omphisa anastomosalis)
Ulat mengorek dan memakan bahagian dalam batang dan sulur keledek.  Boleh juga menyerang ubi jika kehabisan batang. Amalkan giliran tanaman.  Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.
 
·         Kumbang Belalai (Cylas formicarius)
Lundi memakan bahagian dalam batang dan ubi.  Kumbang dewasa pula memakan daun, mengorek permukaan ubi. Amalkan giliran tanaman.  Tanaman yang baru hendaklah ditanam berjauhan dari tapak tanaman lama.

POTENSI KERATAN PUCUK SEBAGAI BAHAN TANAMAN KELEDEK
(Sumber:  Teknotani Jilid 10 Bil. 1/96)
Amalan menanam ubi keledek menggunakan keratan batang adalah amalan biasa di kalangan petani.  Bagaimanapun terdapat satu lagi kaedah menanam iaitu dengan menggunakan keratan pucuk.  Berdasarkan pemerhatian awal yang telah dijalankan di Pusat Pembangunan Komoditi, Besut pada tahun 1994, penggunaan keratan pucuk menunjukkan potensi yang menggalakkan.  Hasil pemerhatian berkenaan telah menunjukkan bahawa menanam ubi keledek menggunakan keratan pucuk lebih menguntungkan berbanding dengan keratan batang.  Ini dapat diperhatikan daripada peningkatan hasil yang amat ketara iaitu 7.25 tan/hektar bagi varieti Kuala Bikam dan 6.75 tan/hektar bagi varieti V5.

UBI SENGKUANG
Nama Botani
Famili

-
-

Pachyrhizus erosus (Yam Bean)
Leguminosae

Sengkuang adalah sejenis tanaman yang mempunyai akar tunjang berubi.  Pokoknya tumbuh melilit/memanjat, mempunyai daun dan batang sedikit berbulu.

Iklim dan Tanah
Sesuai ditanam dalam kawasan yang lembap dan panas dengan suhu hariannya diantara 21o-30oC.  Ubi ini boleh jua ditanam di kawasan tanah  tinggi selama 1800 m.p.a.1.

Penyediaan Tanah
Tanah perlu dibajak sebanyak dua pusingan dan kemudian diikuti dengan pembuatan batas, berukuran 60 sm lebar dan 30 sm tinggi.


Menanam
Biji benih sengkuang ditanam terus ke batas sebanyak 2 biji selubang.  Biji benih yang diperlukan ialah 9 kg/hektar.  Jarak tanaman ialah 20 sm antara baris dan 15 sm dalam baris (dua baris sebatas).


Cantasan Dahan dan Bunga
Kerja mencantas dahan dan membuang daun dan bunga, perlu dijalankan sekurang-kurang 4 kali dalam tempoh tanaman sengkuang untuk mengelakkan daun yang berlebihan dan menggalakkan pertumbuhan ubi.  Hanya 3 dahan ditinggalkan sepokok dan dahan yang terlalu panjang (lebih 60 sm) dicantas.  Satu pokok sengkuang mestilah mempunyai kira-kira 12 helai daun dan daun yang berlebihan dibuang.


Pembajaan
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-
 

Pusingan
Masa
Jenis Baja
Kadar/Hektar (650 batas)
1
sebelum menanam
Baja organan
4 tan
2
3 minggu
NPK 12:12:17:2
300 kg
3
6 minggu
NPK 12:12:17:2
300 kg
4
10 minggu
NPK 12:12:17:2
300 kg

KAWALAN RUMPAI
Racun rumpati pracambah alachlor (Lasso) pada kadar 4 liter/hektar disembur ke atas batas sebelum menanam biji benih.  Kerja-kerja merumput selepas itu tidak diperlukan kerana ianya tidak akan menganggu pertumbuhan ubi.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman ssengkuang ialah ulat pemakan daun dan cengkerik yang boleh dikawal dengan racun Carbaryl.  Penyakit yang kadang-kadang menyerang tanaman sengkuang ialah reput umbisi dan mozek duan, yang mana tidak merbahaya dan boleh dikawal dengan pengurusasn tanaman yang baik.



TEMPOH MENGUTIP HASIL:
Hasil ubi sengkuang boleh dipungut selepas 4 - 4 1/2 bulan ditanam.  Pokok yang cukup matang daunnya berwarna kekuning-kuningan.  Kerja-kerja yang perlu dilakukan ialah mencabut, memotong, mengumpul dan mengisi ke dalam bakul.  Hasil yang dijangka ialah 25 tan/hektar.

Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai
 

PENANAMAN UBI SENGKUANG DI TANAH BEKAS LOMBONG
Nilai pH tanah di kawasan tanah lombong dilaporkan sedikit beralkali (7.5  B.J.Kho).  Untuk memperbaiki kesuburan tanah, tabur baja tahi ayam sebanyak 550 beg (anggaran 30 kilogram bagi sehektar) yang ditabur 2 kali.  Kali pertama ditabur semasa penyediaan tanah dan kali kedua ditabur di atas batas selepas menanam.  Penambahan bahan organan akan membaiki struktur dan tekstur tanah dari segi pemegangan air dan nutrien untuk pertumbuhan pokok.  Batas berukuran 75 cm lebar dan 22 cm tinggi pula dinaikkan.  Jarak diantara batas adalah 160 cm.

Pengairan
Kolam-kolam di persekitaran kawasan lombong boleh digunakan sebagai bekalan air. Gunakan alat sprinkler jenis 'jet sprayer' untuk mengairkan tanaman.  Setiap unit berkeupayaan untuk mengairkan kawasan sehingga seluas 0.4 hektar.  Pam air yang menggunakan kuasa 'PTO' dari traktor menyedut air daripada kolam untuk menyiram pokok.

Menanam
Biji benih ditanam terus di atas batas dengan kadar 9 kilogram sehektar.  Penanaman 2 baris sebatas diamalkan dengan jarak tanaman 30 cm antara baris dan 15 cm antara pokok.  Sebanyak satu biji ditanam pada setiap lubang.  Biji benih akan bercambah 10 hari selepas menyemai.  Program membaja yang diamalkan adalah seperti berikut:-
·         Baja Asas
400 beg tahi ayam - ditabur rata di permukaan tanah sebelum dibajak.
 
·         Baja Sisi
(i)    200 kg. baja sulphate of ammonia - ditabur di batas 14 hari selepas anak benih tumbuh.
(ii)   150 beg tahi ayam                          - ditabur di atas 21 hari selepas anak benih tumbuh.
(iii)   300 kg. baja sebahatian 15:15:15  - ditabur 40 hari selepas anak benih tumbuh.
(iv)   300 kg. baja sebatian 15:15:15      - ditabur 60 hari selepas anak benih tumbuh.

Perhatian:  Tambah 1-2 kali jika diperlukan dengan kadar yang sama setiap 20 hari.

Mencantas Dahan Dan Bunga
Mencatas dilakukan pada masa pokok berumur 50 hari selepas menanam dan dilakukan sebanyak 4 kali.  Cara mencantas batang ialah dengan membuang dahan-dahan utama yang berlebihan dengan hanya meninggalkan 3-4 cabang.  Pucuknya dicantas sehingga batang berukuran 45-50 cm.  Kesemua jambak bunga hendaklah dicantas. 
Rajah 1Rajah 2 Rajah 3Rajah 4
Rajah 5Rajah 6

Hasil sengkuang boleh dikutip 4 bulan selepas ditanam.  Mutu ubi akan menurun jika dikutip pada umur pokok melebihi 6 bulan.  Tanda-tanda pokok yang matang adalah daun berwarna kekuningan.  Aktiviti mengutip hasil termasuklah mencabut, memotong, menyusun ubi ke dalam bakul dan mengangkut bakul ke atas lori.

Pengendalian Lepas Tuai
Sila klik di sini untuk penerangan pengendalian lepas tuai
 

Rantaian laman pelbagai ubi

 




budidaya semangka


BUDIDAYA SEMANGKA

I. PENDAHULUAN
Tingkat dan kualitas produksi semangka di Indonesia masih tergolong rendah. Hal ini disebabkan antara lain karena tanah yang keras, miskin unsur hara dan hormon, pemupukan yang tidak berimbang, serangan hama dan penyakit tanaman, pengaruh cuaca /iklim, serta teknis budidaya petani.
PT. Natural Nusantara berupaya membantu petani dalam peningkatan produksi secara Kuantitas dan Kualitas dengan tetap memelihara Kelestarian lingkungan (Aspek K-3).
II. SYARAT PERTUMBUHAN
2.1. Iklim
Curah hujan ideal 40-50 mm/bulan. Seluruh areal pertanaman perlu sinar matahari sejak terbit sampai tenggelam. Suhu optimal ± 250 C. Semangka cocok ditanam di dataran rendah hingga ketinggian 600 m dpl.

2.2. Media Tanam
Kondisi tanah cukup gembur, kaya bahan organik, bukan tanah asam dan tanah kebun/persawahan yang telah dikeringkan. Cocok pada jenis tanah geluh berpasir. Keasaman tanah (pH) 6 - 6,7.
III. PEDOMAN TEKNIS BUDIDAYA
3.1. Pembibitan
3.1.1. Penyiapan Media Semai

- Siapkan Natural GLIO : 1-2 kemasan Natural GLIO dicampur dengan 25-50 kg pupuk kandang untuk lahan 1000 m2. Diamkan + 1 minggu di tempat teduh dengan selalu menjaga kelembabannya dan sesekali diaduk (dibalik).
- Campurkan tanah halus (telah diayak) 2 bagian atau 2 ember (volume 10 lt), pupuk kandang matang yang telah diayak halus sebanyak 1 bagian atau 1 ember, TSP (± 50 gr) yang dilarutkan dalam 2 tutup POC NASA, dan Natural GLIO yang sudah dikembangbiakkan dalam pupuk kandang (1-3 kg) .Masukkan media semai ke dalam polybag kecil 8x10 cm sampai terisi hingga 90%.

3.1.2. Teknik Perkecambahan Benih
Benih dimasukkan ke dalam kain lalu diikat, kemudian direndam dalam ramuan : 1 liter air hangat suhu 20-250C + 1 sendok POC NASA (direndam 8-12 jam). Benih dalam ikatan diambil, dibungkus koran kemudian diperam 1-2 hari. Jika ada yang berkecambah diambil untuk disemaikan dan jika kering tambah air dan dibungkus kain kemudian dimasukkan koran lagi.

3.1.3. Semai Benih dan Pemeliharaan Bibit
- Media semai disiram air bersih secukupnya. Benih terpilih yang calon akarnya sudah sepanjang 2-3 mm, langsung disemai dalam polybag sedalam 1-1,5 cm.
- Kantong persemaian diletakkan berderet agar terkena sinar matahari penuh. Diberi perlindungan plastik transparan, salah satu ujung/pinggirnya terbuka.
- Semprotkan POC NASA untuk memacu perkembangan bibit, dilakukan rutin setiap 3 - 4 hari sekali. Penyiraman 1-2 kali sehari. Pada umur 12-14 hari bibit siap ditanam.

3.2. Pengolahan Media Tanam
3.2.1. Pembukaan Lahan
Pembajakan sedalam + 30 cm, dihaluskan dan diratakan. Bersihkan lahan dari sisa-sisa perakaran dan batu.

3.2.2. Pembentukan Bedengan
Lebar bedengan 6-8 m, tinggi bedengan minimum 20 cm.

3.2.3. Pengapuran
Penggunaan kapur per 1000 m2 pada pH tanah 4-5 diperlukan 150-200 kg dolomit , pH 5-6 dibutuhkan 75-150 kg dolomit dan pH >6 dibutuhkan dolomit sebanyak 50 kg.

3.2.4. Pemupukan Dasar
a. Pupuk kandang 600 kg/ha, diberikan pada permukaan bedengan kurang lebih seminggu sebelum tanam.
b. Pupuk anorganik berupa TSP (200 kg/ha), ZA (140 kg/ha) dan KCl (130 kg/ha).
c. Siramkan POC NASA yang telah dicampur air secukupnya diatas bedengan dengan dosis + 1-2 botol/1000 m2. Hasil akan lebih bagus jika POC NASA digantikan SUPER NASA, dosis 1-2 botol/1000 m2 dengan cara :
Alternatif 1 : 1 botol SUPER NASA diencerkan dalam 3 liter air dijadikan larutan induk. Kemudian setiap 50 lt air diberi 200 cc larutan induk tadi untuk menyiram bedengan.
Alternatif 2 : setiap 1 gembor volume 10 lt diberi 1 peres sendok makan SUPER NASA untuk menyiram + 10 meter bedengan.

3.2.5. Lain-lain
Bedengan perlu disiangi, disiram dan diberi plastik mulsa dengan lebar 110-150 cm agar menghambat penguapan air dan tumbuhnya tanaman liar. Di atas mulsa dilapisi jerami kering setebal 2-3 cm untuk perambatan semangka dan peletakan buah.

3.3. Teknik Penanaman
3.3.1. Pembuatan Lubang Tanaman
Dilakukan Satu minggu sebelum penanaman dengan kedalaman 8-10 cm. Berjarak 20-30 cm dari tepi bedengan dengan jarak antara lubang sekitar 90-100 cm.

3.3.2. Waktu Penanaman
Penanaman sebaiknya pagi atau sore hari kemudian bibit disiram hingga cukup basah.

3.4. Pemeliharaan Tanaman
3.4.1. Penyulaman
Sebaiknya dilakukan 3 - 5 hari setelah tanam.

3.4.2. Penyiangan
Tanaman semangka cukup mempunyai dua buah saja, dengan pengaturan cabang primer yang cenderung banyak. Dipelihara 2-3 cabang tanpa memotong ranting sekunder. Perlu penyiangan pada ranting yang tidak berguna, ujung cabang sekunder dipangkas dan disisakan 2 helai daun. Cabang sekunder yang tumbuh pada ruas yang ada buah dipotong karena mengganggu pertumbuhan buah.

3.4.3. Perempelan
Dilakukan perempelan tunas-tunas muda yang tidak berguna karena mempengaruhi pertumbuhan pohon/buah semangka yang sedang berkembang.

3.4.4. Pengairan dan Penyiraman
Pengairan melalui saluran diantara bedengan atau digembor dengan interval 4-6 hari. Volume pengairan tidak boleh berlebihan.

3.4.5. Pemupukan

Waktu

Dosis Pupuk Makro (kg/ ha)

ZA

TSP

KCl

Susulan I (3 hari)

40

-

40

Susulan II Daun 4-6 helai

120

85

80

Susulan III Batang 45–55 cm

170

-

30

Susulan IV Tanaman bunga

130

-

30

Susulan V Buah masih pentil

80

-

30

POC NASA ( per ha )
Mulai umur 1 minggu – 6 atau 7 minggu


POC NASA disemprotkan ke tanaman alternatif 1: 6-7 kali ( interval 1 minggu sekali) dgn dosis 4 tutup botol/ tangki
alternatif 2: 4 kali (interval 2 minggu sekali ) dgn dosis 6 tutup botol/ tangki
3.4.6. Waktu Penyemprotan HORMONIK
Semprotkan HORMONIK sejenis ZPT/hormon alami. Dosis HORMONIK : 1-2 cc/lt air atau 1-2 tutup HORMONIK + 3-4 tutup POC NASA setiap tangki semprot. Penyemprotan pada umur 21 - 70 hari, interval 7 hari sekali.

3.4.7. Pemeliharaan Lain
Pilih buah yang cukup besar, terletak antara 1,0-1,5 m dari perakaran tanaman, bentuk baik dan tidak cacat. Setiap tanaman diperlukan calon buah 1-2 buah, sisanya di pangkas. Semenjak calon buah ± 2 kg sering dibalik guna menghindari warna yang kurang baik akibat ketidakmerataan terkena sinar matahari.

3.5. Hama dan Penyakit
3.5.1 Hama
a. Thrips
Berukuran kecil ramping, warna kuning pucat kehitaman, mempunyai sungut badan beruas-ruas. Cara penularan secara mengembara dimalam hari, menetap dan berkembang biak. Pengendalian: semprotkan Natural BVR atau Pestona.

b. Ulat Perusak Daun
Berwarna hijau dengan garis hitam/berwarna hijau bergaris kuning, gejala : daun dimakan sampai tinggal lapisan lilinnya dan terlihat dari jauh seperti berlubang. Pengendalian: dilakukan penyemprotan Natural Vitura atau Pestona.

c. Tungau
Binatang kecil berwarna merah agak kekuningan/kehijauan berukuran kecil mengisap cairan tanaman. Tandanya, tampak jaring-jaring sarang binatang ini di bawah permukaan daun, warna dedaunan akan pucat. Pengendalian: semprot Natural BVR atau Pestona.

d. Ulat Tanah
Berwarna hitam berbintik-bintik/bergaris-garis, panjang tubuh 2-5 cm, aktif merusak dan bergerak pada malam hari. Menyerang daun, terutama tunas-tunas muda, ulat dewasa memangsa pangkal tanaman. Pengendalian: (1) penanaman secara serempak pada daerah yang berdekatan untuk memutus siklus hidup hama dan pemberantasan sarang ngengat disekitarnya; (2) pengendalian dengan penyemprotan Natural Vitura/Virexi atau Pestona.

e. Lalat Buah
Ciri-ciri mempunyai sayap yang transparan berwarna kuning dengan bercak-bercak dan mempunyai belalai. Tanda-tanda serangan : terdapat bekas luka pada kulit buah (seperti tusukan belalai), daging buah beraroma sedikit masam dan terlihat memar. Pengendalian : membersihkan lingkungan, tanah bekas hama dibalikan dengan dibajak/dicangkul, pemasangan perangkap lalat buah dan semprot Pestona.

3.5.2. Penyakit
a. Layu Fusarium
Penyebab: lingkungan/situasi yang memungkinkan tumbuh jamur (hawa yang terlalu lembab). Gejala: timbul kebusukan pada tanaman yang tadinya lebat dan subur. Pengendalian: (1) dengan pergiliran masa tanam dan menjaga kondisi lingkungan, menanam pada areal baru yang belum ditanami, (2) pemberian Natural GLIO sebelum atau pada saat tanam.

b. Bercak Daun
Penyebab: spora bibit penyakit terbawa angin dari tanaman lain yang terserang. Gejala: permukaan daun terdapat bercak-bercak kuning dan selanjutnya menjadi coklat akhirnya mengering dan mati, atau terdapat rumbai-rumbai halus berwarna abu-abu/ungu. Pengendalian: seperti pada penyakit layu fusarium.

c. Antraknosa
Penyebab: seperti penyakit layu fusarium. Gejala: daun terlihat bercak-bercak coklat yang akhirnya berubah warna kemerahan dan akhirnya daun mati. Bila menyerang buah, tampak bulatan berwarna merah jambu yang lama kelamaan semakin meluas. Pengendalian: seperti pengendalian penyakit layu fusarium.

d. Busuk Semai
Menyerang pada benih yang sedang disemaikan. Gejala: batang bibit berwarna coklat, merambat dan rebah kemudian mati. Pengendalian: pemberian Natural GLIO sebelum penyemaian di media semai.

e. Busuk Buah
Penyebab: jamur/bakteri patogen yang menginfeksi buah menjelang masak dan aktif setelah buah mulai dipetik. Pengendalian: hindari dan cegah terjadinya kerusakan kulit buah, baik selama pengangkutan maupun penyimpanan, pemetikan buah dilakukan pada waktu siang hari tidak berawan/hujan.

f. Karat Daun
Penyebab: virus yang terbawa oleh hama tanaman yang berkembang pada daun tanaman. Gejala: daun melepuh, belang-belang, cenderung berubah bentuk, tanaman kerdil dan timbul rekahan membujur pada batang. Pengendalian: sama seperti penyakit layu fusarium.
Catatan : Jika pengendalian hama penyakit menggunakan pestisida alami belum mengatasi dapat dipergunakan pestisida kimia. Agar penyemprotan pestisida kimia dapat merata dan tidak mudah hilang oleh air hujan tambahkan Perekat Perata AERO 810 dengan dosis + 5 ml ( 1/2 tutup)/tangki.

3.6. Panen
3.6.1.Ciri dan Umur Panen
Umur panen setelah 70-100 hari setelah penanaman. Ciri-cirinya: terjadi perubahan warna buah, dan batang buah mulai mengecil maka buah tersebut bisa dipetik (dipanen).
 
Free Banana Dancing ani Cursors at www.totallyfreecursors.com